Melaksanakan projek-projek ekonomi yang berdaya maju terutamanya berasaskan tanah yang boleh menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.
Membangunkan kemudahan-kemudahan asas secara cost-effective dengan mengumpul dan menyusun semula kampung-kampung Orang Asli di kawasan-kawasan pinggiran.
Menyerapkan kampung-kampung Orang Asli di kawasan pinggiran ke dalam masyarakat kampung atau bandar yang berdekatan.
Mempergiatkan program pendidikan, latihan dan pembangunan minda dikalangan kanak-kanak, remaja dan belia Orang Asli sebagai persediaan untuk keluar dari kebergantungan kepada ekonomi asas tanah.
Mengekalkan bantuan kebajikan dan subsidi kepada ahli-ahli masyarakat dalam kumpulan termiskin untuk membolehkan mereka menyahut program-program sosioekonomi Kerajaan.
Memupuk pembangunan institusi-institusi sosial dan ekonomi dan NGO Orang Asli melalui proses penglibatan dan empowerment.
Pendekatan secara proaktif dalam mendapatkan calon dan penyertaan dalam program-program Kerajaan.
Menekankan kepada peningkatan imej masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih moden dan progresif dan menghapuskan sebarang 'stereotyping" negatif.
Bekerjasama dengan jabatan-jabatan/agensi kerajaan lain dalam melaksanakan program-program pembangunan Orang Asli.
Meningkatkan penggunaan IT dalam pengurusan Jabatan serta perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek pembangunan fizikal dan minda.