Seksyen Kewangan berperanan bagi melaksana dan memastikan pengurusan kewangan diuruskan secara cekap, cepat dan tepat kepada kakitangan dan pelanggan JHEOA.
Objektif
Seksyen Kewangan berperanan bagi melaksana dan memastikan pengurusan kewangan diuruskan secara cekap, cepat dan tepat kepada kakitangan dan pelanggan JHEOA.
Menyelaras penyediaan keseluruhan laporan perbelanjaan bulanan mengurus dari semua Pusat Kos (PTJ).
Menyelaras kertas cadangan Akaun Amanah untuk Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli serta Akaun Amanah Ladang Orang Asli Semenanjung Malaysia sebanyak 2 kali setahun (sekurang-kurangnya) selaras dengan Arahan Akaun Amanah .
Menguruskan pembayaran gaji anggota Jabatan.
Menguruskan waran peruntukan mengurus dan pembangunan, waran tambahan, tarik balik dan agihan peruntukan.
Menyediakan semua penyata penyesuaian seperti berikut setiap bulan untuk dihantar ke JANM dan disatukan untuk dihantar ke KKLW.
Mengurus
Pembangunan
Hasil
Amanah / Deposit
Pendahuluan Diri
Menyelenggara Resit pembayaran dan Penyata Pemungut bagi setiap hasil yang diterima oleh Jabatan dan penyediaan Buku Tunai Jabatan untuk dihantar ke JANM.
Menyelenggara buku vot Akaun Amanah dan Deposit / Pendeposit Jabatan.
Menyelenggara buku vot harian dan buku vot bulanan Jabatan.
Perolehan
Menguruskan perolehan barang-barang dan perkhidmatan mengikut peraturan / prosedur.
Pembelian Terus
Perolehan Melalui Sebutharga
Perolehan Melalui Tender
Perolehan Melalui Kontrak Pusat
Menyelaraskan mesyuarat berkaitan e-Perolehan.
Menyelaras Laporan Pengumpulan Maklumat Perolehan Kerajaan / Data Pemudah.
Menyelaras pelaksanaan sekurang-kurangnya 70% Perolehan kerajaan melalui sistem ePerolehan.
Menguruskan urusan pembayaran elaun lebih masa kakitangan Jabatan dan elaun semasa `On-Call’ bagi Pegawai Perubatan Jabatan.
Menguruskan urusan pembayaran tuntutan rawatan perubatan dan pendahuluan diri kakitangan Jabatan.
Menguruskan urusan pembayaran Bil Tanpa Pesanan Tempatan, Dengan Pesanan Tempatan, Dengan Kontrak dan Panjar Wang Runcit.
Menguruskan urusan pembayaran Penceramah, Fasilitator, Elaun Kehadiran Ahli Mesyuarat Panel Peperiksaan, Penggubal Soalan, Pemeriksa Kertas Soalan, Elaun Guru Mengajar Fardhu Ain dan Bayaran Saguhati Peserta Kursus Membuat Pakaian.
Menguruskan urusan pembayaran Skim Galakan Pendidikan Pelajar Orang Asli.
Menguruskan urusan pembayaran gaji bagi Pegawai Kontrak dan Pekerja Khidmat Singkat (PKS).
Menguruskan urusan permohonan pinjaman kenderaan dan komputer kakitangan Jabatan.
Menguruskan Panjar Wang Runcit.
Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Jabatan, Jawatankuasa Kerja Kewangan dan Seksyen Kewangan.
Menguruskan urusan jawapan pertanyaan Audit Dalam, Audit Negara dan Agensi-Agensi lain yang berkaitan.
Program-Program Utama Seksyen Kewangan
Sepanjang tahun 2009, Seksyen Kewangan telah mengadakan program-program seperti berikut:
1. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
Seksyen ini telah mengadakan sebanyak 4 kali Mesyuarat JPKA seperti berikut:
Bilangan
Tarikh Mesyuarat
1/2009
13 April 2009
2/2009
21 Julai 2009
3/2009
13 Oktober 2009
4/2009
29 Januari 2010
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kewangan
Bilangan
Tarikh Mesyuarat
1/2009
18 Mac 2009
2/2009
8 Julai 2009
3/2009
6 Oktober 2009
4/2009
9 Disember 2009
3. Kursus-kursus / bengkel yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009 adalah seperti berikut:
Tarikh
Kursus
09 hingga 12 Februari
Kursus Analisis Bajet Gender & Belanjawan
29 hingga 30 Mei
Kursus BITK
19 hingga 22 Julai
Bengkel Asas Perakaunan & Kewangan Kerajaan
09 September
Taklimat Pengurusan Kewangan Berhemah sebagai Budaya Hidup
4. Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli dan Akaun Amanah Ladang Semenanjung Malaysia
Pada masa kini Jabatan mempunyai enam (6) Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli dan satu (1) Akaun Amanah Ladang Orang Asli Semenanjung Malaysia yang mana segala perbelanjaan daripada akaun amanah tersebut adalah untuk kepentingan masyarakat Orang Asli .
Bagi tahun 2009 mesyuarat tersebut telah diadakan pada 09 April dan 28 Disember 2009.
Akaun Amanah yang terlibat adalah seperti berikut:
MESYUARAT AKAUN AMANAH SEPANJANG TAHUN 2009
Bil
Akaun Amanah
09/04/09
28/12/09
1
Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan Melaka
v
v
2
Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor
v
v
3
Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
v
v
4
Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu
v
v
5
Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang
v
v
6
Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah
v
v
7
Akaun Amanah Ladang Orang Asli Semenanjung Malaysia
v
PERANCANGAN TAHUN 2010
Bagi tahun 2010, Seksyen Kewangan di dalam perancangan untuk mengadakan program-program seperti berikut:
1. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
Cadangan untuk mesyuarat ini akan diadakan dalam bulan Januari, April, Julai dan Oktober 2010.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kewangan
Bagi Tahun 2010, Seksyen Kewangan bercadang untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kewangan sebanyak 4 kali juga iaitu pada bulan Mac, April, Julai dan Oktober 2010.
3. Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli dan Mesyuarat Jawatankuasa Amanah Ladang Orang Asli
Cadangan Mesyuarat Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli serta Akaun Amanah Ladang bagi tahun 2010 akan diadakan dalam bulan April dan Oktober 2010 di Kementerian Kemajuan Luar Bandar yang akan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ KSU.
4. Perolehan dan Sebutharga
Bagi tahun 2010 adalah dijangka sebanyak 50 sebutharga akan dikeluarkan bagi semua jenis perolehan melalui Unit Perolehan, Ibu Pejabat. Pecahan sebutharga adalah seperti berikut:
Jenis
Bilangan
Sebutharga Bekalan
20
Sebutharga Perkhidmatan
15
Sebutharga Kerja
15
Tender
3
5. Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas e Perolehan /eSPKB
Bagi Tahun 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas ePerolehan / eSPKB akan diadakan sebanyak 4 kali iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2010.