Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bagi menjalankan penyelidikan/kajian/program komuniti, lawatan sambil belajar ke perkampungan Orang Asli?
Kemukakan surat permohonan kepada Ketua Pengarah JHEOA Malaysia dan
sertakan surat sokongan daripada agensi/majikan/IPTA/IPTA yang berkenaan.
Sekiranya status pemohon dari luar negara, permohonan hendaklah dimajukan
melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
Pemohon perlu mengisi borang yang dikeluarkna oleh pihak Jabatan dan menandatangani serta mematuhi syarat-syarat di dalam peraturan-peraturan untuk menjalankan program.
Borang permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
Soalan 2 :
Dimanakah saya boleh memperolehi borang permohonan dan apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi? Borang serta syarat-syarat yang perlu anda patuhi boleh dirujuk dan dimuat turun daripada Laman Web Rasmi JHEOA.
Soalan 3:
Berapakah bayaran untuk masuk ke dalam Muzium Orang Asli, Gombak?
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pelawat yang ingin melawat Muzium Orang Asli, Gombak. Muzium Orang Asli, Gombak dibuka setiap hari Sabtu hingga Khamis (termasuk cuti kelepasan am) daripada 9:00 pagi hingga 5:00 petang kecuali hari Jumaat ditutup.
Soalan 4:
Dimanakah terletaknya Muzium Orang Asli dan Perpustakaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Gombak?
Muzium Orang Asli, Gombak dan Perpustakaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Gombak terletak di KM. 24, Jalan Pahang, Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
Soalan 5:
Jika saya berketurunan Orang Asli manakala suami/isteri saya bukan berketurunan Orang Asli, bolehkah suami/isteri saya mendapatkan rawatan di Hospital JHEOA?
Boleh, klinik pesakit luar menerima semua pesakit yang memerlukan rawatan tetapi keutamaan tetap diberikan kepada Orang Asli.