Lima perkampungan Orang Asli di Pahang akan dipromosikan sebagai lokasi pelancongan berkonsepkan homestay dengan tarikan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, kebudayaan dan kraf tradisional.
Kira-kira 20,000 ketua keluarga Orang Asli di seluruh negara akan menerima tanah milik kekal berkeluasan antara 0.8 hingga 2.4 hektar untuk pertanian. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Y.B. Senator Tan Sri Dato' Seri Muhammad Bin Muhd Taib berkata, kerajaan juga akan mengurniakan mereka tanah berkeluasan 464 meter persegi hingga 0.1 hektar bagi tapak rumah.
Kita mengetahui masih ramai anak-anak Orang Asli yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya pembangunan yang telah berlaku di negara ini walaupun mempelajarinya di sekolah. Ini kerana berapa ramaikah daripada mereka yang mempunyai ibu bapa yang mampu membawa mereka melancong ke tempat-tempat menarik di seluruh negara terutama ke bandar raya Kuala Lumpur?
Sekali lagi Asyik FM dengan kerjasama Yayasan Orang Asli Perak Berhad (YOAP Bhd) menganjurkan Fiesta Sambutan Jis Pai 2009 (dalam bahasa Semai) atau Fiesta Sambutan Tahun Baru 2009 pada 31 Januari ini, bertempat di Padang TNB, Batu 7 Kuala Woh, Tapah, Perak. Kali ini Fiesta Jis Pai 2009 yang disambut oleh masyarakat Orang Asli di negeri Perak membawa tema utama Perpaduan Melalui Kebudayaan.
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, pengagihan bantuan makanan itu terpaksa dilakukan secara berperingkat memandangkan ada sesetengah penempatan Orang Asli terletak agak jauh di pedalaman.
Menteri Besar Perak Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri memberi jaminan dan komitmen bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu tanah adat masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Tn. Hj. Mohd Sani Bin Mistam telah mengadakan lawatan kerja ke penempatan masyarakat Orang Asli negeri Johor pada 27 Mac yang lalu.
Buat julung kalinya Program Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) membuka tirai tahun 2009 dengan destinasi pertama di Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, Sungai Pelek, Sepang pada 30 dan 31 Januari 2009 yang lalu.
TIDAK hanya semusim, tetapi seeloknya biarlah usaha penjagaan kesihatan gigi itu berpanjangan. Malah, amalan diet seimbang, mengurangkan pengambilan gula serta sentiasa memberus gigi dengan betul yang dijadikan amalan kehidupan seharian boleh meningkatkan tahap kesihatan gigi.
HULU TERENGGANU 23 Jun - Seramai 35 lelaki Orang Asli di Sungai Berua dekat sini bakal menerima lesen motosikal daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus menjadi kumpulan pertama dalam kalangan masyarakat pribumi di negeri ini memiliki lesen itu.
HULU LANGAT 20 Jun - Jumlah penduduk keturunan Orang Asli yang berada di bawah paras kemiskinan menurun daripada 9,300 orang pada 2006 kepada 4,000 orang pada tahun ini.
KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan menyasarkan untuk menurunkan bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin Orang Asli daripada 13,642 KIR kepada 3,410 KIR pada 2015.
Beberapa perkampungan Orang Asli di sekitar daerah ini dikenal pasti mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan berasaskan ekopelancongan semula jadi dan budaya, sekali gus dapat membantu meningkatkan taraf hidup Orang Asli.
PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah terkejut ketika melawat wad bersalin Hospital Cameron Highland baru-baru ini kerana mendapati Orang Asli sudah bergelar ibu pada usia 11 dan 12 tahun.
Pembangunan ekonomi dan pendidikan Orang Asli akan terus menjadi fokus Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam mengurangkan kadar miskin tegar dan miskin di kalangan masyarakat itu.
TILAWAH al-Quran menjadi medan dakwah bagi johan qari Tilawah al-Quran dan Pertandingan Nasyid Masyarakat Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2009, Amran Abdullah dari Negeri Sembilan untuk menarik minat masyarakat terhadap ilmu membaca al-Quran secara berlagu.
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P).
PELUANG dan bantuan sentiasa dihulurkan dalam memastikan pelajar Orang Asli tidak terus tercicir dalam pendidikan serta mampu berdikari dalam mengharungi kehidupan masa depan.