Mendapatkan maklumbalas daripada Orang Asli dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dikawasan Orang Asli, samada oleh Kerajaan mahupun swasta.
Menyiapkan projek-projek pembangunan fizikal dan ekonomi yang telah diluluskan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi masing-masing projek.
Memproses dan mengemukakan kepada kerajaan-kerajaan negeri permohonan mendapatkan hakmilik kekal bagi tanah yang dituntut oleh Orang Asli mengikut tempoh yang telah dijadualkan.
Memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perubatan dan kesihatan pada piawai dan kuantiti yang telah ditetapkan bagi masing-masing aktiviti.
Menyampaikan bantuan-bantuan persekolahan sebelum sesi pertama persekolahan bermula.
Mempastikan penyiapan kajiselidik-kajiselidik dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Mematuhi jadual yang telah ditetapkan bagi program-program latihan kemahiran untuk Orang Asli.
Menjawab surat-surat yang dikemukakan oleh Orang Asli dalam tempoh tidak lebih satu bulan.