Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar Orang Asli.
Melahirkan individu-individu Orang Asli yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu kearah meningkatkan kualiti hidup.
Merancang, melaksana dan menilai program-program pembangunan minda.
Objektif
Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar Orang Asli.
Melahirkan individu-individu Orang Asli yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu kearah meningkatkan kualiti hidup.
Merancang, melaksana dan menilai program-program pembangunan minda.
Fungsi
Bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan program-program Bahagian.
Memastikan pelaksanaan program-program Bahagian mematuhi Garis Panduan yang ditetapkan selaras dengan dasar Kerajaan.
Merangka program-program latihan kepada setiap peringkat kumpulan sasar.
Menyelaras bantuan-bantuan pendidikan kepada pelajar Orang Asli.
Program-Program Utama
1.Pembangunan Minda
Program Perubahan Sikap - bertujuan untuk memberi kesedaran, bimbingan, dorongan, renungan, tambahan ilmu pengetahuan di samping memberi motivasi dan semangat kepada keluarga termiskin supaya mereka dapat bersama mengambil bahagian dalam arus pembangunan negara.
Program Kecemerlangan Pelajar - bertujuan untuk membentuk sikap positif di kalangan pelajar di samping memberi dorongan untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.
Melawat dan Belajar - sebagai pelengkap kepada program yang dirancang. Lawatan diatur bagi menaikkan semangat, dorongan dan bertukar-tukar pandangan semasa lawatan ke satu-satu tempat yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang telah / akan dilaksanakan oleh kumpulan sasar kelak.
Program-program ini melibatkan kumpulan sasar yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Wanita, Belia-beliawanis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pelajar melalui pelbagai kursus seperti kursus perubahan sikap (cetusan minda), melawat dan belajar, kursus peningkatan kemahiran dan kursus usahawan, kursus kepimpinan, kursus persediaan menghadapi peperiksaan, kursus motivasi dan kempen kesedaran pendidikan (di mana berkaitan).
2. Program Latihan dan Kemahiran dan Fungsi Pusat Latihan
Pusat Latihan Paya Bungor, Kuantan, Pahang.
Pusat latihan ini adalah pusat bertauliah dalam mengendalikan kursus Pembuat Pakaian Wanita Tahap I Dan II. Kursus dilaksanakan selama 8 bulan. Peserta yang tamat akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Setiap satu sesi pengambilan adalah seramai 50 orang.
Pusat Giat JHEOA Damansara Damai, Sungai Buloh, Selangor
Pusat latihan ini mengendalikan kursus kemahiran dalam bidang Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan, Kursus Teknologi Motosikal dan Kursus Teknologi Automotif.
Nama Kursus
Tempoh
Bilangan Pelatih/Sesi
Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
6 Bulan
20 pelatih
Teknologi Motosikal
6 Bulan
20 pelatih
Teknologi Automotif
15 Bulan
20 pelatih
Kursus ini adalah usahasama di antara JHEOA dengan Giat Mara Sdn. Bhd.
Pusat Latihan JHEOA Kluang, Johor
Pusat latihan ini menyediakan kemudahan prasarana latihan yang kebanyakannya digunakan bagi kemudahan kursus dan seminar masyarakat Orang Asli, pegawai / kakitangan Jabatan serta juga oleh agensi-agensi Kerajaan yang lain.
3. Pendidikan
Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar
Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Objektif
Objektif pelan ini bertujuan :
Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.
Kumpulan sasar program
Kumpulan sasar ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu :
Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)
Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asa kukuh yang sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.
Peringkat Rendah (7-12 tahun)
Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan renah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Peringkat Menengah (13-18 tahun)
Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.
Peringkat Tertiari
Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global.
Peringkat Tercicir
Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan.
Kumpulan Dewasa
Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :
Wanita
Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.
Semua peringkat
Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.
Tempoh Pelaksanaan Pelan Tindakan.
Tempoh pelaksanaan pelan tindakan ini akan mengambil masa selama 5 tahun mulai 2003-2007. Pada tahun 2005 satu penilaian semula akan dijalankan bagi melihat keberkesanannya.
Pelaksanaan Pelan Tindakan.
Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding, Swasta dan para akademik. Dalam melaksanakan pelan ini;
Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;
NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda;
Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kakjian program/projek yang dilaksanakan secara ‘outsourcing’.
Keperluan Peruntukan.
Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.
Perincian program/projek adalah seperti di Lampiran C.
Cabaran.
Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut :
Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana;
Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;
Penyediaan peruntukan yang mencukupi;
Kerjsama yang erat dan mantap dikalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.
Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA
1.Skim bantuan ini disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli diperingkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.
2.Jenis-Jenis Bantuan:
A:Sekolah Rendah dan Menengah.
Yuran Persekolahan.
Kokurikulum
Kertas ujian bulanan
Sukan tahunan sekolah
Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral
MSSM
Bantuan Persekolahan
Buku tulis dan buku kerja
Alat tulis
Pakaian seragam sekolah
Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun pencuci, kapur kasut, tuala mandi).
Tambang pengangkutan ke sekolah.
Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).
B.Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
1
Sijil/PRA
RM2,340.00 setahun
2
Diploma
RM4,465.00 setahun
3
Ijazah Pertama Sastera/Sastera Iktisas
RM5,341.00 setahun
4
Sains Tulen, Sains Gunaan
RM5,377.00 setahun
5
Teknologi
RM5,480.00 setahun
6
Farmasi, Veterinar
RM5,465.00 setahun
7
Perubatan, pergigian
RM6,265.00 setahun
Syarat kelayakan penerima bantuan.
Orang Asli yang menepati takrifan Seksyen 3 di dalam Akta 134, Akta Orang Asli Tahun 1954.
Pendapatan ibu bapa atau penjaga kurang dari RM405.00 sebulan.
Bersekolah di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.
Mendapat tawaran pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam Negara sahaja.