Menentukan semua aktiviti pembangunan sosio-ekonomi dapat memberi faedah kepada masyarakat orang asli serta mengubah dan meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih sempurna setanding dengan masyarakat umum.
Objektif
Menentukan semua aktiviti pembangunan sosio-ekonomi dapat memberi faedah kepada masyarakat orang asli serta mengubah dan meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih sempurna setanding dengan masyarakat umum.
Fungsi
Menggubal dasar dan strategi pembangunan Orang Asli dalam bidang sosio-ekonomi dan pembangunan yang mencakupi pembangunan infrastruktur.
Mengenal pasti, menggalak, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan Orang Asli secara bersepadu melalui kerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak swasta.
Merangka, memperakukan dan menetapkan kaedah pelaksanaan, program-program bahagian ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan.
Mengawal dan mengurus Belanja Mengurus dan Pembangunan secara berkesan selaras dengan matlamat yang ditetapkan.
Memastikan pelaksanaan program-program bahagian mematuhi garis panduan yang ditetapkan selaras dengan dasar kerajaan.
Membuat pengesanan dan penilaian terhadap keberkesanan dan pencapaian matlamat program-program bahagian serta mengambil langkah-langkah penambahbaikan.
Merangka penggunaan sistem/teknologi baru dalam pelaksanaan program pembangunan bahagian ke arah meningkatkan keberkesanan "delivery system".
Merancang dan merangka penyelidikan-penyelidikan yang melibatkan program/projek Orang Asli bagi mengukur keberkesanannya.
Menyediakan perancangan strategik dan perancangan pelaksanaan program-program bahagian melalui cadangan pelantikan juru perunding, kontraktor induk, kontraktor pelaksana serta agensi-agensi yang terlibat bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
Bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan program-program bahagian prasarana, utiliti dan ameniti sosial.
Program-Program Utama
Memantau projek-projek pembangunan Jabatan dan melaporkan kemajuan kewangan dan fizikal projek berkenaan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Mengemas kini kemasukan data/ maklumat projek-projek pembangunan ke dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPP II).
Melaksanakan Program Penempatan Tersusun bagi perkampungan Orang Asli melalui projek Rancangan Penempatan Semula (RPS), Rancangan Kampung Baru (RKB) dan Penyusunan Semula Kampung (PSK).
Menguruskan hal ehwal tanah bagi Orang Asli dan Institusi.
Menyediakan bantuan kewangan dan pembangunan prasarana bagi perkampungan Orang Asli yang di landa bencana alam.
Menerima dan menyelaras permohonan pengeluaran balak dan hasil galian lain yang terdapat di dalam kawasan penempatan Orang Asli.
Melaksanakan kursus-kursus keusahawanan kepada Orang Asli bagi meningkatkan lagi ekonomi dan taraf hidup masyarakat Orang Asli.
Menguruskan ekspo dan pameran bagi mempromosikan produk-produk keluaran Orang Asli.
Menyediakan pelan dan spesifikasi kerja bagi projek-projek pembangunan serta memberi khidmat nasihat teknikal.
Memantau dan menilai prestasi kemajuan fizikal bagi projek-projek pembangunan infrastruktur yang sedang dilaksanakan.
Melaksanakan projek-projek pembangunan berasaskan pertanian kepada masyarakat Orang Asli bagi meningkatkan lagi ekonomi dan taraf hidup Orang Asli.
Melaksanakan kursus-kursus pertanian di samping memberi khidmat nasihat dan panduan teknikal tentang kaedah-kaedah pertanian moden.