Saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sektor awam. Pihak Jabatan juga tidak ketinggalan bagi menyediakan kemudahan ICT menerusi laman web kepada pelanggan Jabatan.
Fungsi utama laman web merupakan media perantara dan alat komunikasi dua hala bagi penyebaran maklumat yang lebih mudah dan pantas. Dengan cara ini, Jabatan akan dapat mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar di semua peringkat dengan lebih efektif. Bahan – bahan informasi yang dipaparkan merupakan satu iltizam Jabatan bagi menjayakan misi, visi dan strategi kepada proses pembangunan masyarakat Orang Asli khususnya.
Selain itu, kemudahan secara interaktif yang disediakan menerusi laman web juga membolehkan orang ramai memberikan cadangan dan maklumbalas kepada pihak Jabatan untuk melakukan proses penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan negara.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melayari laman web Jabatan. Seterusnya, saya berharap agar laman web ini akan terus menjadi wadah rasmi Jabatan dalam perkongsian informasi yang berguna buat kita semua.
“JHEOA TERAS KEMAJUAN MASYARAKAT ORANG ASLI”
DATO' HJ. MOHD SANI BIN MISTAM KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI MALAYSIA