Meningkatkan imej dan mempromosi JHEOA berdasarkan kaedah perhubungan awam dan komunikasi yang berkesan melalui media cetak dan media elektronik, program-program sosial, ceramah/ talimat, lawatan ke kampung-kampung, penerbitan jabatan, kesenian dan kebudayaan.
Mengangkat imej masyarakat Orang Asli untuk melahirkan sebagai sebuah masyarakat yang disegani dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Objektif

Fungsi
Menguruskan publisiti jabatan.
Memberi penerangan kepada pihak media, kumpulan sasar (Orang Asli) dan agensi-agensi berkaitan peranan jabatan.
Mengurus pengaduan awam melalui media massa dan sebagainya serta memberi penjelasan mengenai tindakan yang sedang, atau telah diambil oleh jabatan.
Menerbitkan informasi berkaitan aktiviti dan program jabatan melalui majalah, brosur dan lain-lain.
Memantau isu-isu semasa melalui media massa terutama yang berkaitan dengan kumpulan sasar.
Membantu pihak pengurusan dan lain-lain bahagian dalam melaksanakan program-program rasmi jabatan ( tatacara majlis).
Mendapatkan kerjasama pihak media bagi mengadakan liputan untuk program-program rasmi jabatan yang melibatkan Ketua Pengarah atau kumpulan sasar.
Membantu liputan untuk program-program rasmi jabatan.
Menyediakan bahan-bahan untuk penerbitan ke peringkat kementerian.
Program Utama
Membuat liputan program-program rasmi jabatan.
Memantau isu-isu berkaitan kumpulan sasar yang dipaparkan dalam media elektronik dan cetak.
Urusan surat-menyurat dengan ageni-agensi kerajaan atau swasta yang melibatkan kumpulan sasar.
Menerbitkan informasi program-program jabatan melalui majalah, brosur dan sebagainya.