Memberi khidmat sokongan kepada semua anggota Jabatan dalam espek pentadbiran, perkhidmatan, latihan, kebajikan dan sebagainya dengan cekap dan berkesan.
Objektif
Memberi khidmat sokongan kepada semua anggota Jabatan dalam espek pentadbiran, perkhidmatan, latihan, kebajikan dan sebagainya dengan cekap dan berkesan.
Fungsi
Unit Pentadbiran
Mengurus dan menyelenggara kemudahankemudahan dan keselesaan pejabat;
Mengurus dan melaksanakan pekeliling yang telah ditetapkan dari masa ke semasa;
Mengurus dan menyelenggara stor dan aset (inventori/harta modal) Jabatan;
Menguruskan sistem fail;
Menguruskan surat menyurat menguruskan penyewaan ruang pejabat JHEOA;
Urusetia majlis rasmi/ program Jabatan;
Menyelaraskan urusan parlimen; dan
Menguruskan keselamatan pejabat dan rekod Jabatan.
Unit Pengurusan Gombak
Mengurus dan mengendali kutipan hasil Jabatan;
Menguruskan permohonan menduduki kuarters JHEOA;
Mengurus dan menyelenggara aduan kerosakan;
Melaksanakan projek kecil dan naik taraf Kompleks JHEOA, Gombak;
Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan kompleks;
Menguruskan persiapan untuk majlis/ lawatan rasmi ke Kompleks JHEOA;
Menguruskan keselamatan kompleks dan aset Jabatan;
Membantu program sosial masyarakat setempat
Unit Pengangkutan Dan Komunikasi
Menguruskan pengangkutan di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri bagi kegunaan kakitangan Jabatan dan Kementerian untuk lawatan program pembangunan Orang Asli.
Menguruskan pengangkutan Orang Asli di pedalaman termasuklah lawatan sambil belajar, program anjuran Jabatan dan lain-lain aktiviti berkaitan pembangunan Orang Asli.
Menguruskan bantuan penerbangan ehsan TUDM, iaitu penghantaran bahan makanan (ALS) dan perkhidmatan doktor udara (PDU).
Menguruskan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan dan jentera di peringkat Ibupejabat dan Negeri.
Menguruskan perolehan kenderaan baru untuk Jabatan mengikut keperluan semasa dan penggantian kepada kenderaan yang telah di lupuskan.
Memberi khidmat nasihat dari segi teknikal dari segi pembaikan, penyelenggaraan, perolehan dan hapus kira (TEB) kenderaan serta kelengkapan jentera.
Pembaikan besar radio HF akan dilakukan dalam tempoh tujuh hari.
Permohonan Mesej melalui Radio HF akan dilakukan dalam tempoh tujuh minit.
Pemohonan Bantuan Medivac akan dilakukan tempoh satu hari.
Permohonan Penghantaran Catuan Makanan akan dilakukan tempoh tujuh hari.